Bicara amalan tariqat dan tasawuf.

*๐ŸŒทBicara Amalan Tareqat & Tasawuf – 01*

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุญูู…ูŽูŠู’ุฏู ุจู’ู†ู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุณูŽู…ูุนู’ุชู ู…ูุนูŽุงูˆููŠูŽุฉูŽุŒ ุฎูŽุทููŠุจู‹ุง ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ๏ทบ ูŠูŽู‚ููˆู„ู : ู…ูŽู†ู’ ูŠูุฑูุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ูŠูููŽู‚ู‘ูู‡ู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฏู‘ููŠู†ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุฃูŽู†ูŽุง ู‚ูŽุงุณูู…ูŒ ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูุนู’ุทููŠ

Berdasarkan hadฤซts riwayat Muสฟawiyah, Nabฤซ ๏ทบ telah bersabda:
Barangsiapa yang Allฤh kehendaki kebaikan baginya, dia dipandaikan Allฤh di dalam memahami agama. Sesungguhnya aku hanya seorang yang membahagi-bahagikan ilmu sedangkan Allฤh jua yang memberi.

Maka antara kefahaman yang boleh kita perolehi daripada hadฤซts ini ialah bahawa Allฤh berhak mengurniakan ilham yang benar kepada sesiapa jua di antara umat ini sepanjang zaman menurut kehendak-Nya jua.

Maka natijahnya kita saksikan zaman berzaman, pelbagai bentuk cara para สฟulama muสฟtabar gunakan untuk membumikan wahyu Allฤh dan Sunnah Nabฤซ ๏ทบ. Dan lahirlah bidสฟah-bidสฟah hasanah yang pelbagai seumpama terciptanya pelbagai jenis ubat yang adunannya diambil daripada cedukan air daripada lautan ilmu milik Allฤh yang terlalu dalam dan luas.

Khusus mengenai zikrullฤh: para penentang metod berzikir di dalam keadaan yang pelbagai (sebagaimana wujud di dalam pelbagai tareqat muสฟtabar seumpama hadrah atau berzikir di dalam keadaan menggerak-gerakkan badan) mereka para penentang itu tidak punyai kecerdikan, kefahaman mendalam serta ketajaman mata-hati untuk menyaksikan bahawa seseorang manusia itu dicabut nyawanya di dalam pelbagai keadaan yang telah tertulis baginya…..

Berapa ramai manusia yang nyawanya terkeluar dari badannya ketika dia di dalam keadaan duduk diam sopan dan secara tenang menghadap kiblat? Secara bersujud? Secara berbaring elok sebagaimana diimpikan oleh setiap aku dan engkau?

Tidak fahamkah engkau bahawa berzikir di dalam pelbagai keadaan terlalu penting kerana kebanyakan manusia dilucut nyawa dari tubuhnya ketika dia di dalam keadaan berlari, melompat, berenang, bergusti, bercumbu atau tertawa?…

Maka diri insan itu patut sekali dilazimkan, dibiasakan dan disebatikan dengan zikrullฤh setiap saat 24 jam di dalam sehari!…

Maka hati aku dan hati engkau wajar sekali disentapkan serta ditundukkan dengan kalimah Allฤh secara padu dengan sebatian acuan sebutan
ู„ุข ุงูู„ูŽู‡ูŽ ุงูู„ู‘ุง ุงู„ู„ู‘ู‡ู
setiap kerdipan mata, setiap hembusan nafas, setiap detik!…

ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูŠูŽุฐู’ูƒูุฑููˆู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู‚ููŠูŽุงู…ู‹ุง ูˆูŽู‚ูุนููˆุฏู‹ุง ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุฌูู†ููˆุจูู‡ูู…ู’
…(yaitu) orang-orang yang mengingat Allฤh sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring…

Keeper of Library in the Orchard,
Raudhat al-Zฤkirฤซn

Ismunira Muznirah Mustafar Zakiah Ahmed Own Khairul Mohd Fazully Rozana Hassan Dina Ibrahim Syarifah Hamidah Razzaaq Xylan